Hadis-hadis

Thursday, January 14, 2010

Sekapur Sirih, Seulas Pinang

KAKITANGAN GURU SK TOK PELITA

En. Abdul Latiff B. Hj Ghazalli, PPT (Guru Besar)
YM Raja Shahrilshah B. Raja Husin (Penolong Kanan Pentadbiran )
Pn.Dalina Bt. Hussin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pn Suraiya Bt. Amran (Penolong Kanan Kokurikulum)
Kamaruzzaman B. Mohamed Ali
Abdul Mutalib B. Abd. Majid
Halipa Nor Bt Hj Salleh
Hazlina Bt Abd Hamid
NorHafidzah Bt Zainal Abidin
Norsiah Bt Jalani
Mohd Effendi B. Rahimi
Rohaya Bt Muhd Salleh
NorHayati Bt Abd Rahim
Roney B.Ibrahim
Mohd Hizril B. Abd Hafitz
Nor Masliza Elyani Bt Ahmad Suhaimi
Nor Salwana Bt Mohamad
Ruziani Bt Abdullah

KAKITANGAN BUKAN GURU
1. En. Khir Jauhari b. Yahya - Pembantu Tadbir N 17
2. Rohani bt Muhd Salleh - Pem. Peng. Murid N17
3. Cik Puziah bt. Abdul Malek -Pembantu Tadbir Rendah N 17
4. Kamal Shukri b. Othman - Pem. Am Pejabat N1
5. Ahmad Nuri b. Ahmad Tahir - Pekerja Rendah Awam


SEKOLAHKU SAYANG


SEKAPUR SIRIH

Berbekalkan semangat inginkan kemudahan pendidikan dan memartabatkan ilmu pendidikan kepada anak-anak dan generasi seterusnya maka lahirkah sebuah sekolah di sebuah kampung yang sedang membangun. Dengan semangat yang cekal dan utuh berdirilah sebuah sekolah yang serba kekurangan diawalnya. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Tok Pelita terletak berhampiran dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak . Sekolah ini terletak di bumi yang bersejarah dan berhampiran dengan tempat pembunuhan J.W.W.Birch.

Sekolah ini kini diterajui oleh anak jati kampung iaitu Encik Abdul Latiff B. Hj Ghazalli, PPT. Guru-gurunya yang seramai 19 orang guru bersama 5 orang pekerja am telah bertungkus-lumus memastikan perjalanan sekolah berjalan lancar.
Diserikan lagi dengan 172 orang murid yang terdiri daripada murid pra sekolah dan murid tahun 1 hingga tahun 6.

Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak dari beberapa buah kampung yang berhampiran. Kampung-kampung tersebut ialah seperti Kampung Biak, Kampung Pasir Salak dan Kampung Bawah Bungor.


VISI SEKOLAH
Menjadikan Sk Tok Pelita Pasir Salak Komuniti Berilmu yang Terbilang Menjelang Tahun 2020.

SLOGAN
ILMU SULUH HIDUP


PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat untuk membina masyarakat berilmu.
Pusat Sumber SK TOK PELITA akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat.

VISI PSS

Menjadikan SK Tok Pelita , Pasir Salak Komuniti Berilmu Yang Terbilang Menjelang 2010.

MISI PSS

Kami Warga Sekolah ini berganding bahu melaksanakan pendidikan yang berteraskan kecergasan mental , rohani dan jasmani yang terbilang melalui Pusat Sumber Sekolah yang gemilang dalam aspek beriku:
1. Kualiti Akademik yang terbilang
2. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan , telus
dan tulus.
3. Pembangunan insan berketrampilan
4. Sukan yang berpendekatan saintifik dan inovatif
5. Pembinaan generasi bestari dan jati diri dalam
pelaksanaan kokurikulum.

OBJEKTIF

Dalam menjalankan fungsi-fungsinya, PSS SK Tok Pelita ini mempunyai objektif seperti berikut:
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan
pelajar.
2. Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan
menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan
pembelajaran.
3. Meningkatkan profesionalisme guru.
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
6. Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

SEJARAH SEKOLAH
Semenjak dibuka(1883) sekolah ini telah diberi beberapa nama. Di awalnya merupakan sekolah Atap yang pertama di bumi Pasir Salak dan di tubuhkan dalam pemerintahan tentera Jepun. Di bawah adalah nama-nama sekolah yang berubah mengikut tampuk pemerintahan ketika itu:
a) Sekolah Melayu Pasir Salak (1883-1955)
b) Sekolah Umum Pasir Salak ( 1956-1958)
c) Sekolah Kebangsaan Pasir Salak(1959-1984)
d) Sekolah Kebangsaan Tok Pelita (1985 - sekarang)

Tok Pelita adalah gelaran jawatan seorang penghulu yang mula-mula di Mukim Pasir Salak. Beliau adalah seorang ahli jawatankuasa gerakan Dato' Maharaja Lela yang dilantik oleh Sultan Perak. Nama sebenarnya ialah Anjang Mat Isa.

MAKLUMAT AM SEKOLAH / PSS (2010)
ALAMAT SEKOLAH : Sek. Keb. Tok Pelita,
Pasir Salak,
36800 Kg Gajah,
Perak.
NO.TEL : 05-6311815
NO.FAX : 05-6311815
LAMAN WEB SEKOLAH :
E-MAIL :sktokpelita@gmail.com
JARAK SEKOLAH KE PKG : 18 Km
GRED SEKOLAH : Gred B
SESI : Pagi
LOKASI SEKOLAH : Luar Bandar
STATUS SEKOLAH : Harian
BIL. KELAS : 6
BIL. KELAS BUKAN BILIK DARJAH : 4
BIL. KELAS PRASEKOLAH : 1
ENROLMEN MURID (TAHUN 2010):
JUMLAH 172 ( L : 91 / P : 81)
BIL. GURU (2010) : 19 Orang ( L: 8 / P: 11)
BIL. STAFF SOKONGAN (2010) : 5 Orang
PENCAPAIAN PROGRAM NILAM 2009 :
a) Jumlah murid terlibat : 144 orang
b) Pencapaian Gangsa : 22 orang
c) Pencapaian Perak : 12 orang
d) Pencapaian Emas : 10 orang
e) Pencapaian Nilam : 16 orang



CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH , SK TOK PELITA (2010)
PENASIHAT
- En Abdul Latiff B. Hj Ghazalli, PPT (Guru Besar)

PENGERUSI
- YM Raja Shahrilshah B. Raja Husin (PK Pentadbiran)

SETIAUSAHA
-NorHayati Bt Abd Rahim (Penyelaras PSS)

AHLI JAWATANKUASA:
- Pn Dalina bt. Husin(PK HEM)
- Pn Suraiya bt. Amran (PK Kokurikulum)
- Pn Halipa Nor bt Salleh (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
- Pn Rohaya bt. Muhd Salleh (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
- Pn Nor Hafidzah bt Zainal Abidin (Ketua Panitia Matematik)
- En Ismail b. Razalli (Ketua Panitia sains)
- En Kamaruzzaman b. Mohamed Ali (Ketua panitia Kemahiran Hidup)
- En. Roney b. Ibrahim (Ketua Panitia Kajian Tempatan)
- Norsiah bt Jelani (Ketua panitia Pendidikan Agama Islam)
- Hazlina bt Abdul Hamid (Ketua panitia Pendidikan Seni/Muzik)
- Abdul Mutalib b. Abdul Majid (Ketua panitia Pend. Jasmani & Kesihatan)
- Mohd Effendi b. Rohimi (Ketua panitia sivik & Kewarganegaraan)
- Mohd Hizril b. Abdul Hafitz ( Pra Sekolah)
- NorMasliza Elyani bt Ahmad Shuhaimi (Pemulihan)
- Ruziani bt Abdullah ( Bahasa Arab / J-QAF)
- Nor Salwana bt Muhamad (Jawi / J-QAF)

MAKLUMAT BUKU PSS (2009)
Bilangan buku di PSS mengikut klasifikasi:
000 - Karya Am - 100 buah
100 - Falsafah - 100 buah
200 - Agama - 848 buah
300 - Sains Kemasyarakatan - 150 buah
400 - Bahasa - 200 buah
500 - Sains Tulin - 310 buah
600 - Teknologi - 300 buah
700 - Kesenian - 150 buah
800 - Kesusasteraan - 200 buah
900 - Geografi dan Sejarah Am-200 buah
Fiksyen Melayu - 1600 buah
Fiksyen Inggeris - 1500 buah
JUMLAH KESELURUHAN - 5658 BUAH

PAUTAN ULAT BUKU....
• Cikgu.Net
• Rakan Nilam
• Perpustakaan Negara Malaysia
• Dewan Bahasa dan Pustaka
• Karya Net

PANGKALAN DATA PEMBACAAN DAN LITERASI MAKLUMAT MALAYSIA
• i-Baca

NILAM - SK TOK PELITA

'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dikalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu. NILAM juga merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.

PENDEKATAN
Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa bimbingan yang berterusan.

MATLAMAT NILAM
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
a. Menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan melibatkan semua genre, bahan yang berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai taniat membaca.
c. Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
d. Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi 'role model' kepada rakan-rakan sebaya yang lain.
e. Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.

PERLAKSANAAN NILAM
1. Tahap / Peringkat Pertama - JAUHARI
- Pada tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.
- Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca (Pertengahan Tahun Satu)
- Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan.

2. Tahap / Peringkat Kedua - RAKAN PEMBACA
- Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.
- Murid-murid yang telah membaca sebanyak 100 buah buku di Tahap Jauhari layak memasuki Tahap RP. Dalam pada itu aktiviti Tahap Jauhari masih diteruskan.
- Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan, antaranya:
a) Bercerita
b) Membaca bersama
c) Bicara buku
d) Meminjam buku
e) Syarahan
f) Lakonan
g) Diskusi

STRATEGI PELAKSANAAN
1. Taklimat Pengetua / Guru Besar
2. Penubuhan Jawatankuasa
3. Mesyuarat / Taklimat Jawatankuasa Bertindak
4. Pengesanan & Penilaian Program
5. Penyediaan Bahan
6. Menentukan Peranan AJK
7. Pengumpulan Data
8. Mempelbagaikan aktiviti untuk bacaan seperti
sepuluh minit bersama buku, Bacalah Sayang,
Bicara Buku/Book Talk dll.
9. Bilangan/Jumlah buku yang dibaca (dicatat ke dalam kad rekod kemajuan murid dan sijil berhenti sekolah.

KESIMPULAN
Program NILAM adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengikhtirafan. Ianya juga dapat dijadikan sumber rujukan bagi pihak-pihak yang berminat mengkaji atau menjadikannya sebagai contoh untuk dilaksanakan.